Pelbagai request diterima dari costumer bagi dekorasi kek , ada yang mampu ditunaikan dan ada yang terpaksa ditolak lantaran kekurangan peralatan dan masa untuk menyiapkannya. Secara umumnya, kami menggalakkan costumer mengemukakan sebarang request, dan setiap request tersebut akan dinilai sebelum dimaklumkan kembali kepada costumer. Perbincangan dan persetujuan kedua-dua pihak penting sebelum order dikira confirm, agar dapat mengelak salah faham kemudian nanti.
Begitu juga dengan kek ini, dekorasi adalah request dari costumer yang meminta dibuatkan kek dengan corak star menggunakan warna-warna seperti pelangi. Hasilnya adalah seperti kek yang dipaparkan di bawah, tampak menarik dengan ilham warna yang ceria.

0 comments:
Post a Comment