Kali ini sekali lagi paparan kek Angry Bird, tema yang tengah hangat di pasaran. Cuma untuk kali ini kami mencipta sedikit kelainan iaitu dekorasi dibuat dengan membentuk muka salah satu karekter Angry Bird. Gambar di tengah kek adalah edible image yang ditempah khas, manakala dekorasi sekeliling kek adalah buttercream yang dihasilkan mengikut warna bentuk muka watak tersebut.
ANNOUNCEMENT
ANNOUNCEMENT
Para pengunjung yang dihormati...
Blog ini dan web www.babycakes2u.com adalah sama, anda boleh menempah di sini atau dari web saya mengikut keselesaan anda.
Jika berminat menempah, sila isi form yang terdapat di sebelah kanan blog ini, dan masukkan maklumat-maklumat yang diperlukan.
Sebaiknya tempahan dibuat seawal mungkin dan elakkan menempah last minute untuk mengelak jadual kerja saya dah penuh.
Jika ada sebarang soalan, boleh emailkan ke lynn.babycakes@gmail.com
Tuesday, January 17, 2012
Saturday, January 14, 2012
Birthday Cake Rainbow Color
Pelbagai request diterima dari costumer bagi dekorasi kek , ada yang mampu ditunaikan dan ada yang terpaksa ditolak lantaran kekurangan peralatan dan masa untuk menyiapkannya. Secara umumnya, kami menggalakkan costumer mengemukakan sebarang request, dan setiap request tersebut akan dinilai sebelum dimaklumkan kembali kepada costumer. Perbincangan dan persetujuan kedua-dua pihak penting sebelum order dikira confirm, agar dapat mengelak salah faham kemudian nanti.
Begitu juga dengan kek ini, dekorasi adalah request dari costumer yang meminta dibuatkan kek dengan corak star menggunakan warna-warna seperti pelangi. Hasilnya adalah seperti kek yang dipaparkan di bawah, tampak menarik dengan ilham warna yang ceria.
Tuesday, January 3, 2012
Birthday Cake Untuk Ibu Tersayang

Kek dengan tema hadiah sesuai sebagai surprise untuk ibu atau bapa tersayang. Kek ini menjadi Affan, regular costumer yang sporting banget untuk dibawa pulang ke kampungnya di Terengganu (fyi:sama negeri dengan saya...) Kemudian mendapat feedback dari Affan, kek ni selamat tiba di Terengganu dan ibunya sangat gembira menerima kejutan dari anak nya...
Monday, January 2, 2012
Birthday Cake Spiderman
Sunday, January 1, 2012
Birthday Cake Minnie Mouse

Untuk birthday girl, salah satu tema yang menjadi pilhan adalah tema Minnie Mouse. Penggunaan edible image sebagai main deko, dan dipadankan dengan tema warna pink, nampak sesuai sekali dengan image Minnie Mouse. Tak ketinggalan, wording diperbuat menggunakan sugarpaste untuk menambahkan seri pada kek.
Friday, December 30, 2011
Birthday Cake Angry Bird
Sunday, December 25, 2011
Birthday Cake Thomas & Friends

Satu lagi kek yang ditempah oleh regular costumer yang kebetulan jiran setaman, kali ni kek bertemakan Thomas & Friends adalah untuk birthday boy. Hiasan di tengah adalah edible Thomas dan dekorasi yang dibuat bersesuaian dengan tema tersebut. Topping chocolate ganache menjadi pilihan bagi kek ini...
Tuesday, December 20, 2011
Kek Tema Hadiah
Thursday, December 15, 2011
Cupcakes For Doorgift

Cupcakes juga sering menjadi pilihan untuk dibuat sebagai cenderamata atau doorgift. Kali ini cupcakes dipilih oleh salah seorang regular costumer untuk dibuat sebagai hadiah kepada rakan-rakan sekerja di pejabat. Cupcakes yang dihiasi dengan dekorasi buttercream dan sugarpaste ini kemudian diletak dalam dome container. Memang amat sesuai sebagai cenderamata dari hati yang tulus ikhlas...
Sunday, December 11, 2011
Garden Theme Cupcakes
Monday, December 5, 2011
Angry Birds Cupcakes

Tema Angry Bird begitu diminati sejak akhir-akhir ini. Banyak tempahan kek atau cupcakes dengan tema tersebut. Salah satunya cupcakes kali ni disediakan dengan 12 biji dengan edible image Angry Birds manakala 13 biji lagi dengan dekorasi yang sesuai. Edible image ini boleh dan selamat dimakan, jadi customer tak perlu bimnang atau ragu.
Wednesday, November 30, 2011
Spiderman Deco Cake

Edile image dengan watak hero dalam cerita kanak-kanak memang menarik jika digabungakan dengan birthday boy atau birthday girl. Tentu mereka akan teruja melihatnya. Pada customer yang berminat untuk menggabungkan gambar anak dengan watak tertentu, tempahan perlu dibuat lebih awal sekurangnya seminggu sebelum. Kek kali ni saya sesuaikan dekorasinya dengan watak Spiderman. Terima kasih pada yang menempah..
Friday, November 25, 2011
Football Field Cake

Gembira dapat bertemu lagi dengan Puan Yus. Pada Mei lalu saya menyediakan tempahan untuk perkahwinannya di Kuala selangor. Kali ni beliau sampai ke rumah saya untuk mengambil tempahan kek untuk anak buahnya yang akan berkhatan di Putrajaya. Kek dengan tema bola sepak bersama toys ini dihiasi dengan buttercream. Keliling kek pula dihiasi dengan coklat berbentuk bola yang pastinya akan menarik minat kanak-kanak yang melihatnya. Terima kasih buat Yus dan suami. Selamat berbahagia menunggu kelahiran cahaya mata nanti, insyaALLAH...
Sunday, November 20, 2011
Birthday Cake Lagi

Syukur alhamdulillah atas rezeki yang tak putus-putus dari Allah S.W.T. Kini tempahan makin banyak diterima dan semakin ramai yang menjadi regular costumer. Ada juga costumer baru yang memberitahu kawan-kawan atau saudara mara mereka yang recommend untuk menempah dengan kami. Berbanyak terima kasih atas recommendation anda semua, insya Allah saya akan terus buat yang terbaik untuk anda semua....
Berbalik kepada tempahan ini, dekorasi yang dibuat antara pilihan ramai pelanggan. Dekorasi yang tampak menarik ini sesuai untuk dibuat tema birthday, warna tema pula boleh diubah mengikut kehendak pelanggan.
Tuesday, November 15, 2011
Birthday Cake Garden Theme

Ligat jugak kepala berfikir nak buat kek tema garden dan lain sikit daripada yang dah biasa buat. Kek kali buat untuk regular customer dan memang jiran setaman yang memang tak jemu menempah. Saya sediakan kek saiz 9” dengan topping buttercream. Untuk dekorasi, saya memang suka gunakan sugarpaste sebab nampak kemas kerjanya dan cantik.
Subscribe to:
Posts (Atom)





